Invitation: eTiQa Business Opportunity Presentation

You are cordially invited to join a free eTiQa Business Opportunity Presentation. Details as below:

Venue: Mahmudin Agency, Tmn Putra Kajang. (call for direction)
Date: 19th Nov 2008 (Friday)
Time: 8.30 pm
Contact person: Sue 013-399 5362 (call to reserve your seat)

We provide unlimited free training, sales kit, office, and helpful tools for u to close the deal. We are to help you from the day u sign up to be an agent until filling up your satisfied income into your pocket.

Just come and find out how you can earn extra RM3000/monthly by doing this part time.

*If you are looking for an eTiQa plan for protection, you are welcome to join our product and plan presentation which will be held same time.


Read more...

Saya mempunyai medical card eTiQa Takaful, apa yang dilindungi?

Medical card eTiQa Takaful atau nama betulnya Medic Save Rider banyak membantu anda dikala anda amat memerlukan bantuan perubatan. Medical card ini digunakan jika anda dimasukkan ke hospital (warded), bukan untuk out-patient.

Tujuannya adalah untuk membantu anda membayar bil-bil hospital yg melambung tinggi sekarang, terutamanya di hospital swasta macam kes ibu En Firdaus yang saya share sebelum ni.

Ada sahabat2 saya di agensi kerajaan kata mereka tak perlukan medical card, sebab government dah cover 'semua'. Saya tanya balik, 'semua' tu apa? Mereka kata mereka hanya perlu daftar di hospital kerajaan untuk dapatkan bantuan perubatan. tapi cuba anda bayangkan, adakah anda akan mendapat bantuan perubatan SEGERA jika anda mendaftar di hospital kerajaan?

Jadi, ini saya perkenalkan medic save rider medical card yang dapat membantu anda:
klik la kat gambar2 tu untuk view lebih jelas ok
Berikut saya paparkan benefit yg akan anda dapat sekiranya anda memiliki medical card ni:


dermakan kepada tabung Tabarru' kami lebih kurang RM40-Rm100 sebulan dan anda akan mendapat manfaat seperti di atas. Bukan kah lebih tenang jiwa dan perasaan kite jika kita semua sudah bersedia dengan bantuan perubatan dikala penyakit menimpa?


Read more...

Bagaimana cara untuk mengeluarkan wang dari akaun takaful?

Tahukah anda sesetengah pelan eTiQa Takaful membenarkan anda mengeluarkan sebahagian daripada simpanan anda? contohnya; pelan eTiQa Mesra, eTiQa Prima, eTiQa Warisan, eTiQa Sarjana, dan eTiQa Sakinah 1

Bagi pelan Mesra, Warisan, dan Sakinah 1, anda boleh mengeluarkan sebanyak 80% daripada tabung simpanan iaitu Akaun Peserta (AP). Caranya, anda hanya perlu mengisi borang pengeluaran sebahagian disertakan 1 salinan IC dan hantar kepada eTiQa melalui ejen anda. Borangnya sgt simple, hanya sekeping kertas A4



Bagi pelan eTiQa Sarjana, pengeluaran wang 80% daripada Akaun Peserta hanya dibenarkan ketika 3 tahun sebelum sijil matang.

Kebiasaannya, bagi pelan eTiQa Prima, anda dijamin mendapat manfaat berjangka setiap 3 tahun sebanyak 10% daripada coverage basic. Contohnya; coverage basic RM50,000. maka anda akan dapat RM5,000 every 3 years. Guaranteed.

Jika anda telah menyertai eTiQa lebih 4 tahun, anda sudah boleh mengeluarkan sebahagian daripada Akaun Peserta tersebut. Actually tahun kedua pun akaun anda sudah ada simpanan, tapi nilainya agak kecil, jadi saya cadangkan anda keluarkannya selepas tahun ke-4. nak tau kenapa? tunggu post saya yg akan datang mengenai pelan-pelan eTiQa secara detail. :)


Read more...

My greatest regret

Kisah ni actually berlaku pada tahun 2005. Saya masih baru sebagai ejen eTiQa takaful( dulunya Takaful Nasional). Saya berkenalan dgn seorang kakak, saya panggil dia Kak Siti (bukan nama sebenar) di kelas agama untuk staf wanita di Dewan Bahasa dan Pustaka KL yg diadakan setiap jumaat waktu sembahyang jumaat. Kelas ni untuk staf aje, tapi saya selalu menyibuk kat sana, buat2 mcm staf. Biasanya hari jumaat pagi saya appointment dgn 2-3 org staf DBP, pastu saya akan join kelas tu tengahari. ye la, akhirat kena buat jugak. sama2 beringat lah


So saya approach Kak Siti tadi, ajak dia buat at least 1 pelan takaful utk cover diri sendiri. Pung pang pung pang cerita, Kak Siti faham pelan tu, terus sign up. Masa tu Kak Siti berumur 47 tahun. Dia cakap, kenapa la takde ejen takaful dtg jumpa dia masa dia muda remaja dulu, masa dia awal2 kerja kat DBP. Sebab kalau umur dah banyak, lagi mahal kena contribute. So saya keluarkan quotation yg saya agak dia mampu byr; RM150 sebulan je, dpt coverage kematian/hilang upaya dalam Rm50,000. Saya letak term rider sekali sebab umur dia dah 47 tahun, baru la tinggi sikit coverage. pastu ada la jugak rider2 yg lain. Dia cakap gaji dia tak banyak, Rm150 tu bole la. So saya fikir takpelah, sikit pun takpe daripada dia langsung takde coverage. Sebenarnya saya rasa dia mampu contribute lebih lagi, tapi takpela, saya pun tak reti nak close higher. saya ejen baru lagi masa tu, takde pengalaman.

Kak Siti ni sebenarnya ada penyakit sikit, selalu pegi jumpa doktor.hati dia ada kuman mcm mana ntah saya pun tak faham. tengok medical report dia pun saya tak faham. maklumla saya bukan background medic. oleh kerana saya seorang ejen yg honest dan lurus(masuk bakul angkat sendiri), saya terus submit medical report dia sekali dgn application form dia. sebab saya dah agak, ni mesti susah nak lepas underwriting ni. tapi takpe, try dulu.at least saya dah tolong dia

sangkaan saya betul berlaku, pihak underwriting eTiQa mintak Kak Siti tambah byrn kepada RM250 untuk dpt coverage sama mcm quotation . Kitorang panggil kes macam ni; 'loading' . kalau org yg sihat kena contribute RM150, manakala org yg dah ada penyakit, kena contribute higher to get the same coverage. staf eTiQa call Kak Siti direct utk bagitau psl loading tu. saya pun taktau cerita, apa ntah yg staf tu cakap kat dia, sampai dia nak cancel application tu.

the next day saya pegi DBP jumpa kak siti. saya pujuk dia, kalau Rm200 bole tak kak siti? saya ubah quotation. ataupun kalau kak siti nak RM150 jugak pun bole sebenarnya, cuma coverage rendah sikit. alamak kak siti dah pening. dia cakap, takpela sue, kak siti malas la rasanya nak masuk takaful ni. rasa macam susah pulak. lepas tu nak kena potong2 gaji sana sini. susah pulak. nak kena ubah2 pulak.pastu dia cakap, alaa akak dah tua dah, beberapa tahun je lagi nak pencen dah, tak payah la sebuk2 masuk takaful. susah aje. alamak! dia dah rasa susah pulak. pastu dia menyalahkan saya pulak sebab tak dtg jumpa dia masa dia umur 24 tahun dulu. laaa masa tu sue sekolah rendah lagi laaaa, tengah blaja ABC tu haha geli hati pulak saya dengar dia ckp mcm tuuu

pastu application kak siti tu cancel, eTiQa pulang balik duit dia. saya pun tak tau nak buat apa dah. pujuk2 tak makan pujuk dah dia. takpelah saya redha. saya jenis tak reti nak paksa org.

pastu lama sgt saya tak jumpa kak siti ni. pegi kelas agama tu, takde nampak pulak kak siti kat sana. masuk tahun 2007, jun kalau tak silap saya, saya lalu tepi notice board sebelah lif nak pegi parking basement DBP tu, saya terpandang satu kertas A4 putih tertulis:

Al-Fatihah buat almarhumah Puan.... yang meninggalkan kita semalam di HUKM

Innalillah.. tergamam saya!! patutla saya lama tak nampak dia, rupanya dia tengah sakit.Menderita sakit yg sama yg ada kuman kat hati dia, cuma lebih teruk. saya taktau cerita apa pun. lagipun saya sendiri dah lama jugak tak jenguk DBP. diorang pulak takde khabarkan. senyap aje sume. sahabat2 arwah ada cakap, arwah lama jugak masuk hospital tu. banyak kos kena tanggung. total dalam Rm50,000 lebih. dia masuk HUKM yg specialist tu, kira macam hospital swasta la kan. ooo patutla mahal. duit pencen arwah habis digunakan untuk byr bil hospital. DBP pulak tak bole nak tanggung kos tu sebab DBP ni kerajaan, dia cover hanya hospital kerajaan. Ada jugak yg DBP kasi cuma sikit sangat, sekadar belas kasihan. Still, tolak duit pencen pun tak cukup jugak duit utk setelkan bil tu. Famili yang kena tanggung hutang bil tu. Anak2 arwah ada 3 org. yang sulung sekolah menengah. Suami arwah kerja makan gaji biasa2 aje. saya taktau macam mana famili arwah setelkan bil tu.

Menitis air mata saya dengar cerita mereka..... dalam hati saya.. sepatutnya aku lebih tegas, paksa kak siti dulu. paksa sampai dia setuju untuk teruskan pelan takaful tu! tak payah pujuk2. kini saya tak berani nak tunjuk muka depan famili dia, even diorang tak kenal saya.

deep down inside, saya rasa betul2 bersalah dan menyesal!


Read more...

Kisah benar

Suatu pagi, telefon saya berdering. tuutt tuuuttt. Rupa-rupanya call dari seorang existing client (En Firdaus bukan nama sebenar). Nak claim ke? saya terfikir jap. Kalau nak claim baru cari agent ye... masa open house tak ajak puuuunnn. (saja gurau)

En Firdaus ni bukan nak buat claim atas pelan takaful dia, tapi nak jumpa saya saja nak diskas pasal medical card. Pelan eTiQa dia yg sedia ada skrg takde medical card. Dia dah jadi client saya sejak 3 tahun lepas. Hai pelik, tiba2 aje nak jumpa ni. Tapi takpe, so saya set appointment, dtg kat ofis dia kat KL

Bla bla bla saya explain serba sedikit pasal medical card. En Firdaus ajak sorang kawan dengar sekali. Dah habis cerita, dua2 orang terus isi borang. Saya tanya nak bayar cara macam mana? Saya ckp saya prefer En berdua bayar setahun sekaligus. Deduct dari akaun bank banyak masalah. So diorang setuju. Amboi byk gak duit diorang ni bole byr ribu riban sekaligus. Alhamdulillah, manusia berusaha, Allah yg Maha Pemurah memberi rezeki.



Dah dekat nak abis cerita and isi borang sume tu baru la saya tau, rupanya ibu En Firdaus skrg tengah sakit berat. Macam kena strok, cuma bukan kritikal. Tapi kalau tak dirawat takut jadi kritikal. Terkejut jugak saya. Dalam hati saya, kesiannyaaa. En Firdaus ckp ibu masuk hospital SMC, pastu keluar pegi daftar kat GH sebab tak mampu nak byr. Kalau nak teruskan medical ibu dia kat SMC kena ada duit RM20,000. uish byk tu.

Alangkah bagusnya kalau ibu En Firdaus ada medical card? tapi nak buat macam mana, benda dah berlaku. skrg pun En Firdaus dah sedar sebab benda berlaku depan mata. Skrg En Firdaus dah bertindak dari awal dgn menyertai pelan eTiQa yg cover sekali medical card. Tahniah saya ucapkan kpd En Firdaus atas keputusan beliau.

Anda macam mana? Fikir-fikirkan lah...

p/s: ini adalah kisah benar yg benar2 saya alami sendiri. cerita dari hati yg ikhlas sbg iktibar semua


Read more...

Where will you be when you are 64?



newspaper cutting source: New Straits Times

Financial planners say you need between Rm1.4m and Rm2.8m to retire comfortably at age 55. So what do you do? I suggest, start saving now. start accumulate wealth now. most retiree used up all their epf money within 3 years. scary isn't it? so how? grab at least 2 takaful polisi, save in tabung haji, invest in trust fund, stocks and etc or you will regret this when you are old, ill, poor and alone??


Read more...

Apa itu Term Rider / Rider Bertempoh

Jika kita terdengar orang bercakap mengenai life insurance atau takaful keluarga, kita sering dengar perkataan death benefit/ manfaat kematian/ manfaat asas. ketiga-tiganya adalah perkara yg sama

Dalam senario En Farid dalam post yg sebelum ni ( topik coverage tinggi, bayar murah?), saya attachkan dlm sijil En Farid satu manfaat lagi yg dipanggil Term Rider/ Rider bertempoh

fungsi term rider ini adalah untuk menambahkan nilai manfaat asas.

dengan hanya menambah sumbangan sebanyak RM 21.29, En Farid dapat EXTRA RM70,00 coverage untuk kematian/hilang upaya kekal.


berbanding dengan manfaat asas, En Farid menyumbang sebnyak RM128.71, tetapi hanya menghasilkan coverage RM84,354 untuk kematian/hilang upaya kekal.

jadi, term rider lah cara yg paling menjimatkan sekiranya anda memerlukan coverage yang tinggi tetapi budget yang sikit.

untuk pengetahuan anda, term rider tergolong dibawah rider/manfaat tambahan
dalam konsep takaful, manfaat tambahan akan didermakan 100% manakala manfaat asas disimpan dan didermakan mengikut bahagian tertentu


Read more...

Copyright © 2008 - Bijak Takaful - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template